Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Roti Bun RM1 Mendapat Sambutan Penggemar Roti

By 3 Januari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Syamimi Aaizag Ibrahim/Noor Azian Saad

PENDANG, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Pelbagai jenis roti yang dihasilkan hanya di rumah mendapat sambutan yang amat mengalakkan kerana dijual dengan harga serendah RM1.

Perniagaan secara kecil-kecilan yang diusahakan oleh Nurul Hidiyah Johari yang dikenali dengan nama Qhoti Singgit memulakan pembuatan roti sejak awal pagi dan dijual kepada orang ramai dan pengemar roti mulai pukul 12.00 tengahari di rumahnya di Kampung Baru, Sungai Tiang, di sini.

Tidak hanya dijual di perkarangan rumah, roti yang dihasilkan juga turut dijual secara jualan but kereta di beberapa kawasan tumpuan utama masyarakat di daerah Pendang antaranya di Perkarangan Kolam MADA Pendang (Pendang Lake Resort), Klinik Kesihatan Sungai Tiang dan Pekan Tanah Merah.

“Sekiranya terdapat permintaan yang tinggi dari luar kawasan, saya dan adik akan membuat penghantaran terus kepada pelanggan.

“Saya mengikuti kelas pembuatan roti secara dalam talian dan menjual secara kecil-kecilan sahaja,” katanya.

Dengan menggunakan modal sendiri, Nurul Hidiyah, 27, juga menerima tempahan daripada orang ramai dan individu yang berminat untuk mendapatkan roti beliau melalui laman Facebook miliknya iaitu Nurul Hidiyah Johari.

“Saya berharap agar perniagaan ini dapat diperluaskan dari semasa ke semasa dan dapat membuka kedai roti yang lebih besar satu hari nanti,” katanya.

Salah seorang pengemar Qhoti Singgit, Nur Atikah Ibrahim berkata beliau sering membeli roti di kedai ini kerana harganya yang murah ditambah pula rasanya yang sedap dan setanding dengan bakeri yang terdapat di bandar.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda