Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Ternakan Landak Raya Bantu Jana Pendapatan

By 19 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Ahmad Faisal/Nurizzati Hanis (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Hobi menternak haiwan eksotik, landak raya membuahkan hasil apabila mampu menjana pendapatan lumayan.

Pengusaha landak raya Dailami Zahari, 44, berkata, dia menceburi bidang ternakan landak sejak tahun 2017 di belakang kediamannya di Kampung Rambai Tujuh.

“Penternakan landak raya atau nama saintifiknya ‘hystrix brachyura’ membabitkan modal besar dan memerlukan kesabaran tinggi sebelum membuahkan hasil termasuk mendapatkan permit daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Perak.

“Walaupun terpaksa menunggu sehingga usia lapan bulan untuk mencapai tempoh matang, daging landak raya mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran sehingga mencecah RM150 sekilogram,” ujarnya ketika ditemui semalam.

Tambah Dailami, dagingnya yang enak dan lembut boleh dimasak dengan pelbagai cara termasuk dijadikan rendang, goreng kunyit dan sup.

“Menternak landak raya jauh lebih mudah dan tumpuan hanya perlu diberikan terhadap penjagaan makanan selain kebersihan kurungan,” katanya.

Selain landak raya, Dailami juga memelihara haiwan yang sukar ditemui dan hampir pupus seperti rusa sambar dan pelanduk selain beberapa jenis burung termasuk murai batu, punai tanah, punai gading, punai siul, wak-wak, serindit, mata putih dan tiung.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda