Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Warna-Warni Baling Bercahaya

By 9 Januari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Firdaus Mahmud (Baling)

BALING, 9 Jan (Malaysiaaktif) – Titian Ilham Tebingan Sungai Baling semalam meriah dengan kehadiran hampir 10 ribu pengunjung besempena Program Baling Bercahaya Peringkat Daerah 2024.

Deretan gerai pengusaha makanan, minuman, produk kraftangan, pertunjukkan permainan api serta pelbagai lagi aktiviti termasuk persembahan kebudayaan dan qasidah menambahkan lagi kemeriahan.

Hiasan lampu berwarna warni memenuhi segenap sudut tebingan Sungai Baling dan pertunjukan bunga api menjadi klimaks kepada pengisian program ini yang julung kali diadakan di daerah Baling.

Menurut Pegawai Daerah Baling Abdul Ghafar Yahya, program sebegini diadakan bagi menyemarakkan kekuatan serta keupayaan komuniti setempat dan sebagai satu inisiatif bagi merapatkan hubungan antara kepimpinan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), agensi kerajaan dan swasta serta pertubuhan bukan kerajaan di daerah Baling.

“Program ini juga selaras dengan kehendak serta garis panduan pelaksanaan Local Agenda 21 oleh Bahagian Kesejahteraan Bandar, Kementerian Perumahan dan Kesejahteraan Bandar,” ujarnya lagi semasa majlis perasmian Program Baling Bercahaya 2024.

Seorang pengunjung Nafisah Che Su, 38, yang mengetahui program ini akan diadakan tiga hari yang lalu, berkata ianya dilihat mampu mempromosikan daerah Baling sebagai antara daerah pelancongan utama negeri Kedah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda