Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

1,000 Terima Sumbangan Tahun Baru Cina

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Surega Vasuthevan (Melaka Tengah)

AYER KEROH, 7 Feb (Malaysiaktif) – Seramai 1,000 orang masyarakat Cina daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin menerima sumbangan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Melaka di Dewan Bistari yang telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, di sini kelmarin.

Menurut Abd Rauf kerajaan optimis dan cakna tanpa meminggirkan mana-mana kaum bagi menyalurkan bantuan dan sumbangan bersesuaian khasnya kepada golongan yang kurang berkemampuan dalam kalangan warga emas, Orang Kurang Upaya dan orang miskin bagi bersama-sama meraikan Perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

“Program sumbangan ini juga salah satu usaha kerajaan negeri yang bagi meringankan bebanan serta dapat membantu memeriahkan lagi suasana sambutan Tahun Baru Cina 2024.

“Kerajaan negeri Melaka telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 yang akan memberi manfaat kepada golongan yang terpilih,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda