Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Klang Diisytihar sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rose Ryqal/Hafiz Muhd (Klang)

KLANG, 7 Feb (Malaysiaaktif) – Majlis Perbandaran Klang telah diistiharkan sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) berkuatkuasa bermula 23 November 2023.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan berangkat tiba ke Majlis Pengisytiharan Majlis Bandaraya Diraja Klang di Hotel Wyndham, di sini kelmarin.

Baginda bertitah, perbandaran itu kini hendaklah disebut sebagai Majlis Bandaraya Diraja Klang buat selama-lamanya.

“Bandar raya Klang amat dekat di hati Beta, bukan sahaja kerana ia menempatkan istana Beta, Istana Alam Shah, namun Klang turut menyimpan pelbagai sejarah kesultanan Selangor dan juga sejarah penubuhan negeri Selangor itu sendiri,” titah baginda.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika dalam sembah ucapannya, berkata Klang adalah daerah keempat di Selangor yang dinaik taraf sebagai bandar raya selepas Shah Alam, Petaling Jaya dan Subang Jaya.

“Klang sedang bergerak pantas menangani cabaran perubahan iklim dan yakin MBDK mampu menjadi antara bandar pertama mencapai status rendah karbon susulan pembinaan loji jana kuasa di Pulau Indah,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda