Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

46 Kampung Orang Asli Terima Kelengkapan Memasak

By 29 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal/Shahrizan Ismail (Batang Padang)

TAPAH, 29 Feb (Malaysiaaktif) – Sebanyak 46 buah kampung Orang Asli di Parlimen Tapah menerima sumbangan kelengkapan peralatan memasak di dalam satu majlis yang berlangsung di Kampung Orang Asli Sungai Odak, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Tapah Datuk Seri M. Saravanan, berharap sumbangan ini memudahkan penduduk untuk menjalankan aktiviti memasak bagi majlis kenduri atau majlis keraian yang melibatkan penduduk kampung itu sendiri.

“Dengan adanya barangan keperluan ini, mereka tidak perlu lagi mengeluarkan kos yang tinggi untuk menempah makanan dari syarikat pembekal bahkan mereka boleh terus memasak mengikut citarasa mereka sendiri,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Sementara itu, Tok Batin Kampung Batu 3 Jalan Pahang, Mazli Bah Chan, 54, berkata sumbangan ini cukup bererti buat mereka yang selama ini terpaksa meminjam barang keperluan memasak dari kampung-kampung berdekatan atau menempah dengan pihak pembekal makanan jika hendak membuat majlis.

“Keprihatinan Datuk Seri yang sentiasa turun padang menghulurkan bantuan kepada masyarakat Orang Asli khususnya di parlimen ini amat dipuji kerana bukan sahaja bantuan dari segi keperluan harian malah bantuan pendidikan anak-anak juga,” katanya.

Antara kelengkapan memasak yang diserahkan dalam program ini termasuklah periuk, kuali, sudip, bekas air, bekas simpanan nasi dan sebagainya.

Turut hadir Ketua Polis Tapah Superitendan Mohd Naim Asnawi dan Ketua Penolong Pegawai Daerah Khaizurul Ezwan Baharuddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda