Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Uniknya Pasar Bisik Kuala Muda

By 29 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zurina Saad/Norhayani Hashim

SUNGAI PETANI, 29 Feb (Malaysiaaktif) – Tidak lengkap rasanya kunjungan ke daerah Kuala Muda sekiranya tidak mengambil kesempatan untuk ke Pasar Bisik Kuala Muda yang terkenal dengan pelbagai hasil laut segar seperti udang, sotong ikan senangin, ketam, kepah dan sebagainya hasil tangkapan nelayan tempatan.

Suasana yang tenang, tiada laungan atau teriakan yang kedengaran, hanya kelihatan beberapa individu berbisik sesama sendiri dan selang beberapa minit wang tunai dan hasil tangkapan mula bertukar tangan.

Hasil tinjauan krew Malaysia Aktif hari ini, dapat menyaksikan dan merasai sendiri keunikan ini yang sukar didapati di tempat lain serta berkesempatan juga membeli hasil laut dengan cara berbisik.

Menurut Hamid Hashim, 72, dari Bandar Laguna Merbok, beliau akan berkunjung ke Pasar Bisik tiga hingga empat kali seminggu untuk mendapatkan hasil laut yang murah dan segar.

“Saya akan menghabiskan masa lebih kurang tiga jam dan lebih kerap berkunjung ke sini bersama isteri dan anak ketika musim cuti sekolah untuk menikmati sendiri keunikan di pasar ini,” katanya.

Bagi nelayan pula mereka lebih selesa menjual ikan ini kepada pengunjung berbanding peraih tempatan kerana menurut mereka hasil laut mereka lebih mudah terjual dan mendapat pulangan segera. Mereka yang pandai berbisik, pasti pulang dengan senyuman kerana hasil laut sudah berada di tangan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda