Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

FLLSPG 2024 Beri Peluang Penglibatan Komuniti Tempatan

By 29 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zahid Othman/Shah Hood (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 29 Feb (Malaysiaaktif) – Penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2024 (FLLSPG 2024) di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang kali ini memberi peluang komuniti tempatan untuk sama-sama terlibat dalam aktiviti menerbangkan layang-layang.

Presiden Majlis Pelayang Malaysia (MPM) Datuk A. Rahim Nin, berkata komuniti tempatan dari 24 Zon Ahli Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) dijemput memeriahkan program Hari Layang-Layang Komuniti sempena penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang kali ini.

“Aspek keselamatan perlu diutamakan terlebih dahulu dan kami bimbang jika orang ramai dibenarkan masuk ke arena layang-layang boleh membahayakan keselamatan dan nyawa orang ramai.

“Sebab itu, penganjuran festival kali ini kami panjangkan lima hari awal untuk membenarkan warga komuniti turut sama bermain layang-layang dan pihak penganjur juga menyumbangkan 2,400 ekor layang-layang untuk diterbangkan,” katanya, di sini hari ini.

A. Rahim, berkata sejumlah 500,000 pengunjung dari dalam dan luar negara dijangka memeriahkan festival itu dan pelbagai aktiviti telah disusun untuk mereka.

Antaranya Gema Festival, Pasir Gudang Berselawat, Pertandingan Dron Bercahaya, Pertandingan Silat, Malam Kenduri Kampung, persembahan artis jemputan, pertandingan mewarna serta gerai pameran dan jualan.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda