Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Bantuan Awal Persekolahan Meringankan Beban Ibu Bapa

By 8 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Ikhmal Rauff Ghazali/Mohammad Hafizee Md Hashim (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh telah menyampaikan cek cura berjumlah lebih RM30 juta bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Sekolah Kebangsaan St. Mary, di sini semalam.

Beliau dalam ucapannya menyatakan bantuan ini diberikan sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap rakyat Malaysia dan juga bagi memotivasikan lagi murid-murid untuk mendapatkan bantuan pendidikan yang lebih baik untuk masa depan mereka.

“Program ini akan diteruskan bagi setiap warga negara tanpa mengira had pendapatan ibu bapa serta penjaga mereka dan sememangnya diharapkan tiada ketirisan yang berlaku di dalam pengagihan bantuan ini,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebanyak RM30,434,850 peruntukan diberikan kepada semua murid warganegara dalam negeri ini.

“Inisiatif ini memberi manfaat kepada 202,899 orang murid di 289 buah sekolah di semua daerah.

“BAP ini tidak terhad kepada mana-mana golongan tertentu sahaja tetapi diberikan kepada semua murid tanpa ada had pendapatan.

Katanya, Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru ibu bapa atau penjaga dan murid yang menerima manfaat BAP 2024 untuk terus mendukung aspirasi dan inisiatif murni Kerajaan Madani.

BAP mula diperkenalkan kepada sejak tahun 2012 sebagai bantuan tunai sekali beri yang bertujuan meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga.

Pemberian BAP bagi sesi persekolahan 2024/2025 diteruskan dengan kadar sebanyak RM150 bagi setiap murid warganegara tanpa mengira had pendapatan ibu bapa dan penjaga.

Belanjawan negara bagi tahun 2024 telah meluluskan peruntukan sebanyak RM788,130,000 kepada KPM untuk tujuan pengagihan BAP kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda