Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Pengoperasian Semula Premis Polis Pelancong di MaTiC KL

By 8 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Norfaizah Adnan/Irina Abd Samad

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Pengoperasian semula Premis Polis Pelancong bermula 2 Oktober lalu bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam membantu memastikan keselamatan pelancong-pelancong di negara ini melalui keberadaan dan rondaan di kawasan pelancong.

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Datuk Roslan Abdul Rahman, berkata idea mengaktifkan semula Unit Polis Pelancong (UPP) adalah cetusan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Seramai 120 anggota terlatih telah bersedia untuk bertugas menangani masalah yang timbul termasuk memahami bahasa asing dan psikologi ketika mereka menghadapi masalah.

“Bukan sahaja di Kuala Lumpur pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam cadangan untuk memperluaskan lagi perkhidmatan ini di beberapa negeri seperti Pulau Pinang, Johor Baharu dan Melaka,” katanya ketika ditemui merasmikan Premis Polis Pelancong di MaTiC Kuala Lumpur, di sini semalam.

Katanya lagi, selaras dengan itu PDRM akan menambah anggota sekiranya berlaku pertambahan pelancong mengikut keadaan semasa agar imej Malaysia sentiasa terpelihara dan mencapai piawaian destinasi pelancongan utama dunia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda