Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Bengkel Asas Tarian Tradisi Etnik Bajausama Pelihara Khazanah Negara

By 28 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Sunday Grace Justimus (Sabah)

TUARAN, 28 Feb (Malaysiaaktif) – Bengkel asas tarian tradisi menjadi platform terbaik untuk memelihara dan memperkenalkan khazanah budaya bangsa kaum Bajausama agar tidak pupus ditelan zaman.

Jurulatih bengkel tarian Mardy Dalang, 31, berkata, bengkel asas tarian tradisi yang dianjurkan ini mengajar mengenai peserta ragam-ragam tarian Limbai dari etnik Bajau melalui teori dan praktikal selama dua jam.

“Antara asas ragam tarian Limbai yang dikongsikan antaranya melibatkan tarian menganyam, gulung tikar, samping dan runsai (nyanyian).

“Saya berharap bengkel ini diteruskan pada masa akan datang dan semoga cikgu-cikgu yang hadir pada hari ini dapat praktikkan hasil pembelajaran tarian tradisi tersebut di sekolah serta dipersembahkan bagi mengangkat tarian tradisi ini di seluruh Sabah dan dunia,” jelasnya semalam.

Sementara itu, Guru dari Sekolah Kebangsaan Pekan Telipok yang juga peserta bengkel, Fasnah Pudin, 41, berkata bengkel ini sangat bermanfaat kepada para pelajar kerana dapat memberi bimbingan dan galakan yang berterusan kepada remaja bagi memartabatkan budaya negara.

“Dengan penganjuran bengkel tarian ini, kami dapat mempelajari lebih dalam mengenai budaya Bajausama terutama tarian Limbai dan secara tidak langsung saya juga belajar sesuatu yang baru,” ujarnya.

Dalam pada itu, peserta bengkel, Nazihah Elmi, 36, berpendapat penganjuran bengkel ini baik dan juga sesuai untuk didedahkan kepada kanak-kanak sekolah yang berusia seawal enam tahun.

“Bengkel ini sangat berguna kerana anak-anak saya, mereka dapat mempelajari tarian Limbai secara praktikal dan bengkel seperti ini memberi pengalaman dan ilmu yang baru buat mereka,” kongsinya.

Untuk makluman, bengkel tarian berkenaan adalah sebahagian pengisian aktiviti tradisi bersempena Festival Kebudayaan Rumpun Bajausama Sabah 2024 yang berlangsung pada 25 hingga 28 Februari ini.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda