Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

191,078 Telah Mendaftar Sistem PADU di Kelantan

By 8 Februari 2024Februari 13th, 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Md Zin /Dayang Siti Nurzuhairah

BACHOK, 8 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 191,078 atau 15 peratus penduduk Kelantan kini telah berjaya mendaftar sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dalam tempoh 37 hari sejak pelancarannya pada 2 Januari lalu.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, jumlah berikut telah dibentangkan oleh pihak Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Negeri Kelantan dan pasukan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan.

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Panglima Perang Ustaz Datuk Haji Mohd Nassuriddin Haji Daud kerana telah memberi sokongan penuh supaya seluruh warga negeri Kelantan memberikan kerjasama bagi pendaftaran sistem PADU,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau proses pendaftaran PADU dalam rangka turun padang di peringkat DOSM ke negeri-negeri di Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Mahligai, di sini semalam.

“PEDi Mahligai mendapat sambutan paling tinggi di mana komuniti setempat yang melakukan pendaftaran dan pengemaskinian sistem PADU mencecah hampir 100 orang pada setiap hari,” katanya,

Mengulas lanjut, beliau yakin sasaran tiga juta individu untuk mendaftar PADU akan dicapai dalam tempoh masa terdekat dengan komitmen sebanyak 911 PEDi seluruh negara menyediakan perkhidmatan membantu penduduk membuat kemas kini dalam sistem PADU.

-ZS-

Tinggalkan komen anda