Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jualan Jelajah PMT Meriah, 500 Ekor Ayam Terjual dalam Sejam

By 23 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Arief (Marang)/Kumpulan Peladang Muda Negeri Terengganu

MARANG, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Pagi yang kebiasaannya tenang di perkarangan Meacon Sport Centre Kelulut, meriah apabila warga Kelulut dan sekitarnya tidak melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan harian dengan harga murah terutama barang basah di Program Jualan Jelajah Peladang Muda Terengganu (PMT) yang menghimpunkan kira-kira 50 orang pemain industri daripada pelbagai komoditi dalam salah satu program jualan murah terbesar, di sini semalam.

“500 ekor ayam terjual dalam masa sejam menunjukkan Jualan Jelajah Peladang Muda Terengganu Siri 6 yang diadakan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan ianya berjaya mencapai objektif program ini iaitu membantu masyarakat setempat sekitar Kelulut khususnya dalam mengurangkan kos perbelanjaan harian mereka,” ujar Pengarah Program, Abdul Mubin Mohamad Al-Bakri, 40, yang ditemu bual secara atas talian.

“Program ini akan diteruskan lagi dari semasa ke semasa bagi memastikan penduduk setempat terus mendapat manfaat dan meringankan bebanan perbelanjaan harian pada masa akan datang,” katanya.

Pelbagai barangan keperluan dijual pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran antaranya ayam segar satu kilogram dijual pada harga RM7.80, daging segar RM28 sekilogram, puyuh tujuh ekor RM10 dan sotong jarum RM17 sekilogram.

-ZS-

Tinggalkan komen anda