Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

PUO Sahut Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lina Shukri (Perak)/PUO

IPOH, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar dan warga kerja Politeknik Ungku Omar (PUO) menyahut Kempen Penanaman 100 Juta Pokok melalui Program Khidmat Masyarakat (CSR) Penghijauan Kampus PUO, di sini semalam.

Program anjuran Unit Industri, Korporat dan Kebolehpasaran (CISEC), Smart Green PUO dan Sistem Penasihatan Akademik (SPAk) ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perak.

“Penganjuran CSR ini selari dengan matlamat Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di bawah RMK ke-12 dalam usaha mengekalkan 50 peratus keluasan tanah negara yang dilitupi dengan kawasan berhutan dan pokok-pokok,” jelas PUO dalam satu kenyataan.

Tambahnya, inisiatif CSR ini juga sejajar dengan Pelan Transformasi Politeknik 2023-2030 dalam memanifestasikan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs).

Sebanyak 100 batang pokok jenis Merawan Siput Jantan telah ditanam di sekitar kampus.

Majlis perasmian turut menyaksikan penanaman pokok oleh Pengarah PUO Dr. Shamsuri Abdullah bersama Ketua Penolong Pengarah Seksyen Silvikultur dan Kepelbagaian Biologi Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Azmi Mohd Zain.

Di samping menanam pokok, program ini mencetuskan kesedaran kemampanan alam sekitar dalam kalangan mahasiswa dan warga kerja selain mempromosikan tanggungjawab kolektif terhadap bumi seterusnya mempraktikkan amalan-amalan lestari.

-ZS-

Tinggalkan komen anda