Laporan/foto: Muhamad Sufe Fuddin (Kulim)
KULIM, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Inisiaif Jabatan Penerangan Daerah Kulim dan Jabatan Perangkaan Malaysia mengadakan jelajah pengemaskinian Pengkalan Data Utama (PADU) bertempat di Pejabat Penerangan Daerah Kulim mendapat sambutan yang luar biasa.
Menurut Pegawai Penyelaras PADU Daerah Kulim Amir Ismail, kehadiran orang ramai pada hari ini begitu menakjubkan dengan anggaran hampir 200 orang yang datang walaupun cuaca hujan sepanjang hari bermula pukul 8.00 pagi hingga berakhir pukul 5.00 petang.
“Sambutan yang luar biasa Ini menandakan rakyat menyokong penuh hasrat kerajaan dalam memastikan sistem PADU ini menjadi sistem pengkalan data utama dalam negara,” katanya kelmarin.
Tamiraris Kuppusamy, 70, berpendapat inisiatif ini perlu diteruskan lagi memandangkan pengunjung yang hadir kebanyakkannya warga emas yang tidak mampu berjalan.
“Selain itu juga mereka agak sukar untuk ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang lokasinya berada pada tingkat atas rumah kedai,” katanya.
Menurutnya lagi, kehadiran mereka ke Pejabat Penerangan Daerah Kulim bagi mengemas kini PADU kerana kemudahan yang disediakan seperti parking yang luas, lokasi yang strategik dan kemudahan mesra Orang Kurang Upaya (OKU) serta kakitangan yang cekap.
Rata-rata penggunjung yang hadir memberitahu mereka mahu segera menyelesaikan pendaftaran PADU sebelum tarikh pendaftaran berakhir dan menyatakan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan Jabatan Perangkaan dan Jabatan Penerangan Daerah Kulim.
-ZS-