Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Jualan Agro Madani Tarikan Pengunjung Pasar Tani Bagan Samak

By 20 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani/Aidil Azhar (Bandar Baharu)

BANDAR BAHARU, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Jualan Agro Madani di Pasar Tani Bagan Samak, di sini kelmarin telah menyaksikan kehadiran pengunjung memeriahkan acara antaranya pertandingan pakaian berhias kanak-kanak, pertandingan masak kerabu, pemeriksaan kesihatan dan tukar minyak hitam secara percuma.

Menurut Pegawai Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Daerah Kulim/Bandar Baharu Nazmin Ismail, tujuan utama Pasar Tani ini adalah untuk membangunkan saluran pemasaran serta menggalakkan penyertaan usahawan tani dalam memasarkan hasil-hasil pertanian mereka sendiri terus kepada pengguna dan mewujudkan peluang ekonomi kepada penduduk setempat.

Fakrulrazi Abdul Manaf, 56, selaku pengunjung, berkata pasar tani ini wajar kerap diadakan supaya para penduduk dapat membeli barang keperluan harian barang basah dan kering dengan harga yang lebih murah dari harga pasaran.

“Harga barangan lebih menjimatkan seperti ayam segar yang dijual pada RM10 seekor dan dapat percuma sayur sawi,” ujarnya.

Pengunjung setia Amina Abdullah, 60, berkata beliau dapat membeli barang-barang keperluan pada harga yang lebih murah daripada biasa.

“Saya membeli beras tempatan 10 kilogram pada harga RM31 dan daging tempatan dengan harga RM26 sekilogram.

“Dengan adanya pasar tani ini, ia dapat membantu masyarakat setempat untuk berbelanja dengan lebih bijak dan menjimatkan wang,” katanya.

Menurut Pengarah FAMA Negeri Kedah Zuraina Mat Adam, sesi jelajah mesra yang diadakan ini secara langsung memberikan peluang kepada penduduk setempat untuk mendapatkan barang keperluan harian dengan harga yang lebih murah.

“Ia juga memberikan peluang kepada usahawan tani untuk memasarkan hasil pertanian mereka sendiri secara langsung kepada pengguna.

“Semoga pasar tani ini akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda