Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Rumah Perantaraan AADK Tawar Khidmat Rawatan Pemulihan Penagihan Sukarela

By 20 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rahimah Rafiai/Norfaizah Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Malaysiaaktif) – Rumah Perantaraan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) merupakan salah satu fasiliti baharu yang ditawarkan kepada kumpulan sasar yang mempunyai masalah penagihan dadah untuk mendapatkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela.

Menurut Tuan Sutekno mereka boleh membawa ahli keluarga hadir supaya mereka juga boleh mendapat sesi bimbingan dan kaunseling kerana mereka adalah orang yang penting untuk memberi sokongan kepada pemulihan.

“Bagi klien yang pernah dan telah tamat mengikuti program rawatan dengan AADK tapi sebenarnya masih memerlukan bimbingan jadi kita sediakan fasiliti ini untuk mereka datang bila-bila masa,” katanya.

Kemudahan yang disediakan ini adalah hasil kerjasama antara AADK bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Sebanyak empat perkhidmatan utama ditawarkan menerusi kemudahan ini iaitu saringan, penilaian dan kemasukan klien, rujukan dan advokasi.

Waktu operasi kemudahan adalah pada hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi melalui Talian Hotlien Hello AADK bernombor 1-800-22-AADK (2235) atau Whatsapp di talian 019-626 2233.

-ZS-

Tinggalkan komen anda