Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

DOSM Perlis Terus Giat Bantu Komuniti Hospital Daftar Sistem PADU

By 5 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah

KANGAR, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan (DOSM) Negeri Perlis terus giat membantu komuniti dengan pembukaan kaunter fizikal pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bertempat di Hospital Tuanku Fauziah. Salah seorang petugas Hospital Tuanku Fauziah, Sarina Saad, 40, berkata pembukaan kaunter fizikal ini dilihat sangat membantu bukan hanya kepada kakitangan kesihatan di sini tetapi juga membantu para waris yang berurusan di Hospital Tuanku Fauziah.

“Saya lihat, selain daripada kakitangan awam atau petugas dalam hospital ini dapat daftar sistem PADU, kami waris yang kebetulan berada dalam hospital pada hari ini turut merasai kemudahan oleh DOSM Perlis

“Selain itu, ia juga sebagai usaha mengalakkan orang awam terutamanya untuk membuat pendaftaran seterusnya memudahkan maklumat diproses dan tidak menunggu pada saat akhir untuk mendaftar,” ujar Rashidi Abdul Latif, 79, dari Kampung Kok Klang.

Pengarah Perangkaan Negeri Perlis Hamka Ismail mngucapkan penghargaan di atas kerjasama pelbagai pihak dalam menjayakan pengisian maklumat sistem PADU.

“Saya juga turut berterima kasih kepada pihak pengurusan Hospital Tuanku Fauziah yang menerima kehadiran petugas DOSM Perlis dalam usaha baik untuk membantu meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan ke arah lebih efisien kepada rakyat dengan pembukaan kaunter fizikal bagi Sistem PADU ini,” katanya hari ini.

Seramai lima orang pegawai DOSM Negeri PERLIS telah ditugaskan bermula hari ini sehingga esok bermula pukul 9.00 pagi hingga 4.30 petang bagi membantu komuniti menyempurnakan pendaftaran sistem PADU bertempat di Lobi Blok B, Hospital Tuanku Fauziah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda