Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Masjid At-Taqwa Maksimumkan Fungsi Masjid

By 10 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Abd Aziz Osman/Elyasak Omar (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Masjid At-Taqwa Taman Bertam Indah di sini merupakan salah satu masjid terbaik di Pulau Pinang.

Masjid ini dibina pada tahun 2005 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2007 dengan kapasiti 1,300 orang jemaah pada satu-satu masa.

Pernah mendapat Anugerah Masjid Terbaik di Pulau Pinang bagi kategori ‘Pengimarahan dan Khidmat Masyarakat’ pada tahun 2008 iaitu setahun selepas masjid beroperasi.

Masjid ini juga pernah dianugerahkan tempat pertama Masjid Terbaik di Pulau Pinang pada tahun 2014 dan tempat ketiga terbaik di Malaysia pada tahun yang sama.

Selain daripada itu, masjid ini pernah merangkul anugerah masjid 5 Bintang peringkat Pulau Pinang sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2015 dan 2018.

Kawasan masjid ini dilengkapi dengan fasaliti yang bermanfaat kepada masyarakat sekitar seperti pusat hemodialisis, pusat dobi, pusat cuci kenderaan, kedai gunting rambut, pusat barangan kitar semula, lot kedai, pusat pakaian terpakai serta inap hotel yang sangat selesa kepada orang ramai.

Selain itu, masjid ini juga mempunyai koperasi yang aktif dan pernah dianugerahkan antara koperasi yang paling aktif di Malaysia kerana mampu menjana pendapatan kepada masjid.

Menurut seorang peniaga Norbariah Hassan, 31, beliau berpuas hati dengan adanya kemudahan masjid seperti ini mampu memberi keselesaan dan manfaat kepada penduduk.

“Bukan itu sahaja, biasanya ada jemaah yang datang dari jauh untuk solat, mereka juga boleh menikmati kemudahan yang ada dan menjadikan tempat berehat untuk seketika,” katanya.

Tidak pernah berbangga dengan pelbagai anugerah dan pencapaian yang diterima, Hj. Abdul Rahman yang merupakan mantan setiausaha masjid ini menyatakan apa yang diusahakan ini memang dirancang sejak awal pembinaan masjid ini lagi.

“Pembangunan masjid ini dibangunkan secara berfasa bagi memaksimumkan ruang tanah yang ada dan menambah nilai fungsi masjid untuk masyarakat sekitar mengambil manfaat dan sentiasa mengalu-alukan kehadiran orang ramai menggunakan fasiliti yang telah disediakan,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda