Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Tahfiz-TVET Integrasi Pendidikan Agama dan Kemahiran Teknikal

By 10 Februari 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Sufian Md Rashid/Shamsul Bahari Abdul Syukor

PERMATANG PAUH, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai 36 orang pelajar tahfiz menerima Sijil Tamat Program Rintis Tahfiz TVET hasil dari Program Tahfiz-TVET yang telah dilaksanakan bersama Institut Latihan Perindustrian dan Giat MARA Pulau Pinang.

Majlis pelancaran ini berlangsung di Politeknik Seberang Perai, di sini semalam.

Program yang menekankan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut menggabungkan pendidikan berunsur tahfiz dalam membentuk generasi beriman dan berkemahiran.

Program ini usaha sama antara Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang (MPBPP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang. MPBPP menerima peruntukan sebanyak RM10 juta daripada Perdana Menteri Seri Anwar Ibrahim bagi melaksanakan program dan menjadikan Pulau Pinang antara negeri perintis pendidikan Tahfiz-TVET.

Majlis ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang I YB Dato’ Dr. Mohamad bin Abdul Hamid.

Menurut beliau, program Tahfiz-TVET ini adalah langkah ke hadapan dalam mencapai matlamat pembangunan yang inklusif dan mampan.

“Secara langsung menyokong usaha untuk mencipta masyarakat yang berpengetahuan, berdaya saing, dan
harmoni sejajar dengan visi Penang2030 yang menekankan pembangunan
holistik dan kesejahteraan rakyat Pulau Pinang” katanya.

Turut hadir Pengerusi Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang Tan Sri Khalid Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Pedidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr. Haji Mohd Zahari Ismail, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang Datuk Zulkifli Rashid dan Pengarah Bahagian Penyelarasan Penyertaan Bumiputera Pulau Pinang, ICU, Jabatan Perdana Menteri Dr. Haji Syaharudin Shah Haji Mohd Noor.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda