Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penjara Bukan Tempat Menghukum Semata-mata

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Zuriatina Tamat

KLUANG, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Penjara kini bukan hanya dijadikan sebagai tempat menghukum semata-mata tetapi memberi sinar baharu kepada banduan untuk berubah menjadi insan dan turut ditransformasikan sebagai institusi pendidikan.

Menurut Inspektor Penjara Simpang Renggam Zaidi Abd Jaafar, para banduan yang masih mempunyai masa antara enam ke 12 bulan hukuman sebelum dibebaskan diberikan latihan sehingga dapat menghasilkan produk-produk yang setanding di pasaran.

“Bahagian vokasional penjara memberikan pelbagai kemahiran antaranya kemahiran ukiran, jahitan, pembuatan kuih dan lain-lain kepada para banduan sebagai latihan untuk mereka kembali semula kepada masyarakat

“Banduan yang menjalani latihan ini telah menjalani saringan sikap yang ketat dan insya-Allah mereka tidak akan mendatangkan masalah apabila telah bebas daripada menjalani hukuman,” katanya di pameran dari Jabatan Penjara Simpang Renggan sempena Majlis Sambutan Karnival Tanah Johor berlangsung dari 16 hingga 17 Februari lalu di Kompleks Perdagangan Muafakat, Simpang Renggam, di sini kelmarin.

Zaidi turut menyeru agar masyarakat memberikan mereka peluang untuk menjadi insan yang lebih baik.

“Tidak dinafikan masyarakat luar masih memandang sinis golongan bekas banduan ini, namun setiap insan berhak mendapatkan peluang kedua,” katanya.

Pada majlis yang sama, beliau turut memberi penerangan tentang jenis dan kegunaan rotan bagi sebatan untuk kesalahan tertentu serta menunjukkan produk-produk yang dihasilkan di penjara Simpang Renggam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda