Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

PEKAWANIS Salur RM190,000 Sumbangan Tahun Baharu Cina

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

TAMAN MELAWATI, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) menyalurkan RM10,000 kepada penerima sumbangan sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negeri tahun ini.

Yang Dipertua PEKAWANIS Datin Seri Masdiana Muhamad, berkata sumbangan seumpama itu telah dilaksanakan sejak 16 tahun lalu dalam semua perayaan.

“Setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) diperuntukkan seramai 20 orang penerima dengan setiap seorang menerima RM150.

“Di masa hadapan PEKAWANIS akan menganjurkan program-program sumbangan ini mengikut zon yang ditetapkan,” katanya ketika menyampaikan ucapan di majlis tersebut di Pusat Konvensyen Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) di sini semalam.

Seramai 160 orang penerima daripada Parlimen Gombak serta DUN Sungai Tua, Gombak Setia, Hulu Kelang, Paya Jaras, Taman Templer, Bukit Antarabangsa dan Lembah Jaya menerima sumbangan.

Masdiana berharap sempena tahun Naga yang bersimbolkan kekuatan, keharmonian, kejayaan dan keuntungan akan menjadikan negara bangkit membina ekonomi lebih kukuh.

“Masyarakat sentiasa hidup aman, makmur dan harmoni di samping mengeratkan perpaduan,” ujarnya.

Di samping itu, Masdiana memaklumkan pihaknya akan melaksanakan program Ziarah Kasih PEKAWANIS bersama Tengku Permaisuri Selangor pada 22 hingga 23 Februari di Sabak Bernam.

“Antara pengisian seperti kenduri rakyat, ziarah orang sakit, majlis makan malam dan sumbangan ‘Back to School’,” jelas beliau.

-ZS-

Tinggalkan komen anda