Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Perpustakaan Desa Wakaf Tembesu Jadi Pusat Pendaftaran PADU

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 19 Februari (Malaysiaaktif) – Perpustakaan Desa Wakaf Tembesu, Kuala Nerus antara 60 Perpustakaan Desa di seluruh negara berperanan sebagai pusat pendaftaran tambahan untuk Pangkalan Data Utama (PADU).

Penyelia Zon 5 Perpustakaan Desa Wakaf Tembesu Intan Diana Mohd Zaman, berkata selain giat melaksanakan pelbagai aktiviti dan program bersama masyarakat setempat dalam mengukuhkan perpaduan, Perpustakaan Desa di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) juga turut menjalin kerjasama strategik bersama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam memberi kemudahan kepada penduduk di luar bandar untuk mendaftar PADU.

“Melalui usaha ini, pihak kami telah menjemput wakil daripada Jabatan Perangkaan Negeri Terengganu membuka kaunter fizikal PADU bagi memudahkan orang ramai khususnya komuniti Wakaf Tembesu untuk mendaftar PADU”, katanya ketika ditemu ramah di program pendaftaran PADU, di sini semalam.

Salah seorang pengunjung Nor Azlina Mohd Ali, 45, berkata capaian Internet dan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi di sini sangat membantu beliau dan penduduk setempat untuk mendaftar PADU dengan lebih cepat dan lancar dibantu oleh kakitangan yang bertugas.

“Masyarakat juga dinasihatkan agar tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan tidak bertanggungjawab individu atau kumpulan yang menyebarkan berita palsu mengenai PADU,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda