Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Konsep ‘From Heart to Jannah’ Sempena TMM 2024

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)

BUKIT PALAH, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Kolej Al-Quran Saidina Ali (KAQSA) akan mengadakan bulan pelancongan berkonsepkan keagamaan ‘From Heart to Jannah’ bermula pada Mac 2024.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Rosli Abdullah, program ini akan menghimpunkan pelbagai program dan aktiviti untuk orang ramai antaranya Program Taqarrub Ramadan, Majlis Khatam Al-Quran Pulau Besar dan banyak lain yang mampu memberi manfaat dan syafaat kepada peserta yang menyertainya.

“Kerajaan negeri percaya bahawa melalui program seumpama ini dapat melahirkan bukan sekadar golongan-golongan beragama dan berakhlak mulia tetapi golongan yang akan menjaga kesucian agama Islam dan kesejahteraan masyarakat sejagat,” ujarnya dalam ucapan perasmian Majlis Haflah Qurra’ di Auditorium Masjid Al Azim, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda