Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Program ‘Outreach’ Pendaftaran PADU di KOA Daerah Sepang

By 7 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rozaimi Herman Zakaria/ Nooremmyza binti Rawat (Sepang)

SEPANG, 6 Feb (Malaysiaaktif) – Jabatan Perangkaan Negeri Selangor dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Daerah Sepang telah mengadakan program ‘outreach’ (khidmat masyarakat) pendaftaran PADU di Kampung Orang Asli (KOA) Bukit Tampoi, di sini kelmarin.

Program khidmat masyarakatini bermula dari 20 Januari hingga 25 Februari ini melibatkan 18 KOA Daerah Sepang.

Menurut Pegawai JAKOA Daerah Sepang Mohamed Rasaki Abdul Majid, program ini bertujuan untuk memudahkan masyarakat Orang Asli membuat pendaftaran secara terus di lokasi yang telah ditetapkan.

“Kaunter pendaftaran PADU akan bergerak dan menjelajah di setiap kampung pada setiap hari minggu bagi memastikan masyarakat Orang Asli tidak tercicir dan dapat menikmati manfaat yang diberikan oleh pihak kerajaan.

“JAKOA Daerah Sepang juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Pejabat Penerangan Daerah Sepang yang turut membantu membuat hebahan Info on Wheels (IOW) di seluruh kampung yang terlibat.

“Kerjasama yang erat ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang demi memastikan sistem penyampaian kerajaan dapat berjalan dengan cekap,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda