Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Sambutan Karnival Mini Keselamatan Pangsapuri KTMB Meriah

By 5 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Jamil Zainul/S.Shanmuganathan (Seberang Perai Tengah)

PERAI, 5 Feb (Malaysiaaktif) – Karnival Mini Keselamatan Pangsapuri KTMB Perai padat dan meriah dengan pelbagai pengisian menarik dan bermanfaat buat orang ramai.

Program anjuran Persatuan Penduduk Pangsapuri KTMB Perai dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Perai Utama dan Komuniti Madani Perai Utama ini mendapat sambutan hangat penduduk di sini semalam.

Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan percuma serta pendaftaran sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Terdapat juga demonstrasi pertunjukan dan pameran daripada agensi keselamatan negara seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perai, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Kesihatan Seberang Perai Tengah.

Suri rumah Fatimah Aziz, 45, yang teruja dapat hadir, sangat berterima kasih di atas penganjuran program yang bermanfaat kepada masyarakat sekitar dan berharap diteruskan pada tahun-tahun akan datang.

“Program seperti ini mampu mendorong penduduk lebih peka dengan keadaan sekeliling agar masing-masing memainkan peranan penting demi keselamatan setempat.

“Selain itu, penduduk di sini boleh daftar PADU dengan berkesan dan cepat,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S. Sundarajoo, berkata beliau teruja dan gembira kerana berkesempatan turut hadir ke karnival ini.

“Karnival yang diadakan ini dapat membantu komuniti terutamanya penghuni pangsapuri menerima manfaat daripada perkhidmatan yang disediakan sepanjang program berlangsung,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda