Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

PADU Membezakan Rakyat Malaysia dan Bukan Warganegara

By 12 minit yang laluTiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nurul Ain Johari (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 5 Feb (Malaysiaaktif) – PADU bertujuan untuk pengagihan bersubsidi yang lebih adil kepada rakyat Malaysia serta mengelakkan berlakunya ketirisan serta membezakan rakyat Malaysia dengan warga asing.

“Bagi meningkatkan jumlah pendaftaran, ketua-ketua kampung diseru untuk memberikan bantuan kepada warga emas yang tinggal bersendirian seperti membawa mereka ke pejabat Perangkaan atau Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang berdekatan, agar mereka tidak ketinggalan dan akan mendapat manfaat dari setiap bantuan yang disalurkan kerajaan,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Medan Datuk Zulkurnain Kamisan berkata demikian dalam Program Townhall 1.0 Bersama Warga Sri Medan dan Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 22 Majlis Daerah Yong Peng, di sini semalam.

Tambah beliau, rakyat Malaysia perlulah bersatu hati menyokong kerajaan untuk mengelakkan kerugian daripada subsidi yang diberikan oleh kerajaan setiap tahun.

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di negeri Johor masih berada di tahap yang rendah berbanding negeri-negeri lain.

-ZS-

Tinggalkan komen anda