Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Tadbir Urus Perkhidmatan Awam Benteng Utama Ketua Jabatan

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam (Melaka Tengah)/Pusat Sumber Ketua Menteri Melaka

MELAKA, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Pepatah tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata menjadi tarikan utama ucapan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Zaidi Johari dalam amanat beliau pada Majlis Amanat dan Perjumpaan Setiausaha Kerajaan Negeri Bersama Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan di bawah Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka, di sini semalam.

Menurut Zaidi Johari, selaku ketua jabatan harus sentiasa peka dan bersikap profesional di mana kelestarian perkhidmatan dan kebaikan rakyat secara keseluruhannya harus dijaga yang menjadi benteng utama kekuatan sesuatu struktur jabatan tersebut.

“Tahun 2024 ini amat penting untuk kita semua memahami dan menghayati aspirasi dan hala tuju kerajaan negeri dalam membawa negeri Melaka ke arah yang lebih gemilang walaupun persepsi sesetengah masyarakat yang kadang kala memandang enteng imej perkhidmatan awam.

“Tahniah dan syabas kepada semua ketua–ketua jabatan negeri, persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun negeri dan anak-anak syarikat negeri yang telah menunjukkan tahap professionalisme dan komitmen yang begitu tinggi dalam menerajui setiap aspirasi Kerajaan Negeri Melaka,” ujarnya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda