Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Cuana Panas Rekod 51 Kes Tangkapan Ular di Sik

By 23 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Nazipah APM (Sik)

SIK, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Cuaca panas sejak kebelakangan ini turut memberi kesan kepada haiwan berbisa dan berbahaya seperti ular yang keluar mencari tempat perlindungan serta habitat baharu terutamanya di kawasan yang lebih sejuk.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik Lt. (Pa) Haisul Aishah Mohd Napiah, berkata pada bulan Disember kes tangkapan ular adalah 33 kes manakala pada bulan Januari meningkat kepada 51 kes tangkapan ular direkodkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sik.

“Antara ular yang paling banyak dicatatkan adalah ular tedung senduk dan ular sawa batik.

“Ular biasanya gemar menyorok di tempat yang sejuk seperti kasut, almari, bawah katil serta bilik air, oleh itu orang ramai disaran agar berhati-hati ketika memakai kasut serta mengambil barang di tempat-tempat yang disebutkan tadi,” ujarnya ketika ditemui di Pejabat APM Daerah Sik, di sini semalam.

Haisul mengingatkan orang awam agar tidak mengambil tindakan sendiri dan melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

“Orang ramai digesa menghubungi APM Sik untuk menangkap ular tersebut dan seterusnya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) daerah bagi tindakan lanjut,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda