Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tarian Naga Wu Long Warnai Sambutan Tahun Baru Cina

By 19 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Hidayah Mohd Izam

BATU PAHAT, 19 Feb (Malaysiaaktif) – Seramai lebih 500 orang penduduk berbilang kaum menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Parlimen Batu Pahat 2024 di Dewan Jubli Intan anjuran Pusat Khidmat Parlimen Batu Pahat, di sini semalam.

Majlis turut diserikan dengan persembahan pukulan sembilan drum berirama dan juga Tarian Naga Wu Long yang begitu sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina.

Bagi masyarakat Tionghua naga adalah simbol keberuntungan yang mewakili kekuatan yang tiada bandingan serta boleh menghilangkan nasib buruk.

“Pada tahun lalu, Program Jualan Rahmah sebanyak RM720 juta memanfaatkan lebih lima juta pengguna di seluruh negara membabitkan kerjasama bersama beberapa pasar raya.

“Diharapkan pada tahun ini lebih banyak pasar raya akan turut serta dalam memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat Malaysia,” kata Ahli Parlimen Batu Pahat Onn Abu Baka.

Pelbagai hidangan turut disajikan merangkumi selera kepelbagaian kaum di daerah ini seperti nasi beriani, limau Mandarin dan kuih-muih tradisi yang menunjukkan keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum di bawah pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Turut hadir Ahli Parlimen Sri Gading Aminolhuda Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri Peggaram Gan Peck Cheng, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutan serta ketua-ketua masyarakat.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda