Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPerlisVideo

Terokai Terusan Terowong Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh

By 21 Februari 2024Tiada komen1 minit bacaan
Laporan/Video: Noor Aini Hanapiah/Wan Muhammad Zikri Wan Kamis
KANGAR, 13 Feb (MalaysiaAktif) – Ekspedisi berkayak di Terusan Terowong Lencongan Banjir Barat Timah Tasoh, mengambil masa selama dua jam untuk diselesaikan.
Aktiviti berkayak secara santai sejauh 4 kilometer hingga 8 kilometer itu, bermula dari Kampung Tebing Tinggi dan berakhir di Kg Wai.
Menurut pengasas kelab Kayak Nakawan Perlis, Aniq Izanif Mahar Effendi, penglibatan beliau dalam aktiviti ini bermula secara hobi sahaja. Namun begitu, ia berkembang sehingga beliau membuat keputusan untuk mewujudkan kelab kayak sendiri untuk berkongsi pengalaman menerokai Terusan Timah Tasoh.
“Aktiviti bersukan air seperti kayak ini dapat berkongsi pengalaman keindahan negeri Perlis yang tenang dan damai ini,” ujar beliau.
-HS-
Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda