Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

20 Kuota Untuk Anak Labuan Ikuti Kursus Kemahiran EV di China

By 31 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 kuota diberi kepada anak Labuan untuk mengikuti kursus kemahiran ‘Electrical Vehicle’ (EV) secara percuma di China.

Menurut Pengerusi Penasihat GIATMARA Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, berita gembira untuk warga Labuan itu dimaklumkan kepada beliau sendiri oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa lawatan beliau ke Labuan baru-baru ini.

“Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Pengerusi TVET telah menawarkan kepada anak-anak Labuan mengikuti latihan kemahiran berkenaan secara percuma yang akan dijalankan selama enam bulan hingga satu tahun.

“Selepas mengikuti kursus tersebut mereka akan terus mendapat pekerjaan di syarikat-syarikat automotif atau kilang-kilang permotoran yang ada di negara ini.

“Saya telah menyampaikan ucapan terima kasih warga Labuan kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas peluang keemasan ini kerana industri EV adalah industri baru yang cukup hangat di pasaran kerana kenderaan elektrik ini sudah mula diterima oleh warga kita di seluruh negara”, katanya semasa ditemui media dalam satu majlis berbuka puasa di sini petang semalam.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda