Laporan/foto: Siti Rahimah Ajis @ Abdul Ajis (Sarawak)
JULAU, 31 Mac (Malaysiaaktif) – Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Meluan iaitu pengagihan bubur lambuk di sekitar Masjid Nurul Hidayah di sini kelmarin mampu mengeratkan hubungan silaturahim masyarakat.
Penasihat Saberkas Cawangan Meluan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat, berkata ia bertujuan menerapkan kesedaran masyarakat dalam memikul tanggungjawab kemasyarakatan dan belia.
“Aktiviti seumpama ini dapat diuruskan dengan baik dengan adanya kerjasama yang erat antara satu sama yang lain.
“Oleh itu, kita mesti mengekalkan amalan ini untuk aktiviti yang seterusnya tidak kira di mana kita berada di samping memberikan sokongan padu agar kesejahteraan dan kerjasama dapat dikekalkan mengikut objektif program,” katanya.
-ZS-