Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

50 Peniaga Bazar Ramadan Pekan Batu Kikir Menerima Kit Promosi Keselamatan Makanan

By 30 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Naim/Siti Zuraida (JEMPOL)

JEMPOL 30 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 50 orang peniaga di bazar Ramadan Pekan Batu Kikir menerima kit promosi keselamatan makanan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Jempol, di sini kelmarin.

Kit tersebut bertujuan bagi memberi kesedaran kepada peniaga kepentingan menjaga tahap kebersihan dan keselamatan makanan sebelum dijual kepada orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kes-kes makanan tercemar dan sebagainya.

Menurut Pegawai Kesihatan Daerah Jempol Dr. Azline Abdilah, ini adalah salah satu langkah pencegahan awal yang dibuat oleh Pejabat Kesihatan Daerah Jempol daripada berlakunya keracunan makanan yang sering dikaitan dengan bazar Ramadan seperti yang tular baru-baru ini.

“Pada masa yang sama beberapa agensi yang turut menyertai program ini seperti Pejabat Penerangan Daerah Jempol, Kementerian Dalam Negeri, Majlis Pembandaran Jempol dan Pejabat Agama Daerah Jempol bagi menyampaikan maklumat berkaitan agansi masing-masing.

“Keselamatan makanan adalah tanggungjawab bersama dan para peniaga, pekerja serta penganjur perlu menitikberatkan pembudayaan amalan 3M iaitu Mengamalkan, Memilih, Melaksana dalam pengendalian makanan yang selamat dan bersih,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda