Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

1,000 Bubur Lambuk Diagihkan

By 30 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Marianne Inya Thomas/Lance Dunstan (Sarawak)

KUCHING, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 1,000 bubur lambuk telah diagih kepada pelbagai pihak termasuk penduduk komuniti setempat Kampung Demak Baru, Kelab Sukan dan Rekreasi Kolej Komuniti Kuching, Jawatankuasa Masjid Demak dan Persatuan Bekas Anggota JAPEN Sarawak (PENERANG) kelmarin.

Program tersebut adalah anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Islam (BKKI) dengan kerjasama Kolej Komuniti Kuching, Jawatankuasa Masjid Demak dan Persatuan Bekas Anggota JAPEN Sarawak (PENERANG) telah diadakan di Masjid Demak Baru di sini.

Pengerusi Program, Siti Fairuz Ngatenan yang juga Pengerusi BKKI, berkata program tersebut diadakan untuk merapatkan ukhwah antaranya dengan ahli masjid serta komuniti setempat.

“Dengan penglibatan serta kerjasama dari pelajar Kelab Sukan dan Rekreasi Kolej Komuniti Kuching, AJK Masjid dan PENERANG, penyediaan bubur lambuk ini berjalan lancar dan para pelajar seronok terlibat dengan program ini,” katanya.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda