Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Atlet Pra-MIMAC ke Persada Antarabangsa

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Larut Matang dan Selama)/Taiping Mall

TAIPING, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Satu pertandingan tomoi diadakan bagi memberi peluang kepada atlet tomoi tanah air untuk beraksi dan mencuba nasib dalam pemilihan sempena Kejohanan Muay Antarabangsa Malaysia (MIMAC) 2024 yang akan diadakan di Dataran Warisan, di sini pada 30 Mei hingga 2 Jun depan.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh merangkap Ahli Parlimen Taiping, sebanyak 12 negara akan berentap bagi merebut gelaran juara semasa kejohanan MIMAC nanti.

“Kejohanan yang kita adakan pada hari dan esok adalah pemilihan untuk kejohanan akan datang. Saya juga difahamkan atlet bersama pasukan dari seluruh negara telah datang ke Taiping sejak dua hari lalu termasuk atlet dari Thailand.

“Sebanyak tiga kategori dipertandingkan iaitu Super Kid (9-11 tahun), Remaja (12–16 tahun) dan Terbuka (16–21 tahun). Semua atlet mempunyai pengalaman dan telah dilatih oleh jurulatih profesional untuk melayakkan diri ke kejohanan ini,” ujarnya ketika berucap pada Kejohanan Pra-MIMAC 2024 di Taiping Mall, di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah MIMAC 2024 yang juga Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak Mohd Ezry Azamin berkata program ini bertujuan untuk menaik taraf kejohanan sukan tomoi tempatan ke peringkat antarabangsa dan telah mendapat sokongan padu daripada Pejabat Ahli Parlimen, Taiping Mall dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah.

“Diharapkan agar lebih banyak sumbangan dan sokongan akan diterima demi merealisasikan hasrat untuk mengadakan MIMAC nanti,” tambahnya.

Turut berlangsung pelancaran logo rasmi MIMAC 2024.

-ZS-

Tinggalkan komen anda