Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sultan Perak Berkenan Masyhur Lenggong Geopark dan Rasmi Galeri

By 11 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman/Senaying Ahud (Hulu Perak)

LENGGONG, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyempurnakan Pemasyhuran Lenggong Geopark dan Perasmian Galeri Lenggong Geopark di Dataran Kota Tampan, di sini pada Sabtu.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah dan Raja Di Hilir Raja Iskandar Dzukarnain Sultan Idris Shah.

Pada acara kemuncak majlis, Sultan Perak berkenan menyempurnakan lafaz pemasyhuran seterusnya menandatangani plak sebagai gimik perasmian diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad bersama Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad.

Nik Nazmi dalam sembah ucapannya berkata, pengikirafan sebagai Geopark Kebangsaan dan UNESCO Global Geopark bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Banyak penyelidikan perlu dilaksanakan merangkumi pengumpulan maklumat kepelbagaian geologi bertaraf kebangsaan dan antarabangsa, biodiversiti, sejarah, arkeologi, tamadun serta budaya penduduk.”

“Dalam tempoh tujuh tahun ini NRES melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Jawatan kuasa Geopark Kebangsaan dan Jawatan kuasa Pelaksana Geopark telah berjaya mengiktiraf 11 geopark kebangsaan termasuk Lenggong Geopark ini pada tahun 2021,” tambah beliau.

Majlis dihadiri hampir 500 orang yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda