Laporan/foto : Ahmad Nizam Abidin/FB N22 Bebar
PEKAN, 11 Mac ( Malaysiaaktif ) āKerajaan Negeri Pahang akan terus memastikan keutamaan dan kebajikan rakyat negeri ini sentiasa terbela.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Pahang Datuk Haji Mohammad Fakhruddin Mohd Arif terdapat 13 projek pembangunan bekalan air di daerah Pekan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Bekalan Air Negeri Pahang Fasa 1 dengan penglibatan kos sekitar RM264 juta yang akan dibuat secara berperingkat mengikut keutamaan.
āDiharapkan pengguna dapat bersabar buat sementara waktu jika terdapat sedikit kelewatan namun saya akan pastikan semua projek pembangunan bekalan air bersih ini dapat diselesaikan dalam jangka masa yang ditetapkan,ā katanya yang ditemui semasa meninjau ke Tapak Projek Bekalan Air Kg Temai, semalam.
Projek yang menelan belanja RM 979,900 ini melibatkan pembinaan tangki sedutan, penggantian pam, membaikpulih tangki servis dan lain-lain kerja dijangka hampir siap sepenuhnya tidak lama lagi.
Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Saiful Zaini Mohd Bokhari , Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli, Pengurus Besar Divisyen Perkhidmatan Air PAIP PahangĀ Ir. Abdul Aziz Mohamed Noh dan Pengurus Daerah PAIP Pekan Ahmad Zuwairy Zainal Abidin.
-ZS-