Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Jiwa Madani: Kaedah Turun Padang Santuni Penduduk

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhazliza Mohd Din

GUA MUSANG, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Program Jiwa Madani anjuran Pejabat Penerangan Daerah Gua Musang mendapat sambutan dari masyarakat penduduk sekitar Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Chalil.

Program yang disertai oleh beberapa agensi dan jabatan setempat seperti Jabatan Perangkaan, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang menawarkan pelbagai perkhidmatan, taklimat dan pameran kepada penduduk setempat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Tuan Haji Syahbuddin Hashim berkata program ini mampu menggiatkan penglibatan jabatan dan agensi untuk lebih kerap turun padang bagi menawarkan perkhidmatan terus kepada rakyat bagi memudahkan rakyat untuk mengetahui dasar kerajaan yang terkini.

“RKT Chalil ini adalah antara kawasan pedalaman yang agak jauh dari bandar dan program begini amat sesuai bagi jabatan dan agensi kerajaan untuk turun padang menyantuni penduduk setempat di kawasan ini,” katanya semasa ucapan perasmian semalam.

Pegawai Penerangan Daerah Gua Musang, Norhayati Shamsu Anuar dalam ucapannya berkata Jiwa Madani adalah satu program yang berkonsep turun padang dan antara cara yang berkesan bagi menyalurkan maklumat dan dasar-dasar kerajaan kepada masyarakat setempat secara komunikasi bersemuka.

Menurut pengunjung Mat Lazim Yaakob, 64, program seumpama ini disambut baik dan diharap agar pihak kerajaan akan lebih kerap turun padang mengadakan program untuk menyampaikan maklumat dan menawarkan perkhidmatan ke masyarakat.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak KESEDAR kerana membuka kaunter Pendaftaran generasi Kedua bagi mengesan dan membantu,” katanya.

Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti pembukaan kaunter fizikal pengemaskinian Padu oleh Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan, ceramah bertajuk “Scammer” serta pameran oleh Polis Daerah Gua Musang dan Pendaftaran Generasi kedua oleh KESEDAR Chalil.

-ZS-

Tinggalkan komen anda