Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

KRT Berperanan Menjaga Keselamatan Negara

By 11 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Rosli Md Zin/Dayang Siti Nurzuhairah Abang Ahmad Zaini

BACHOK, 9 Mac (MalaysiaAktif) – Seramai 300 orang peserta telah menyertai larian sempena Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Komuniti anjuran KRT Gunong dengan kerjasama Majlis Keselamatan Negara Negeri (MKN), Kelantan, PDRM, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Penerangan Negeri Kelantan.

Menurut Wakil Pengarah (MKN), Kelantan, Mohd Zakqwan Nawi, Keselamatan negara adalah tanggungjawab bersama dan bukan hanya tanggungjawab anggota beruniform sahaja.

“Kawasan Rukun Tetangga (KRT) juga merupakan satu badan yang turut memainkan peranan penting dalam menjaga keselamatan di peringkat akar umbi,” ujarnya dalam perasmian majlis berkenaan.

Turut senada, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Muhd Nor Aswadi Md. Nor, mengingatkan KRT perlu berperanan dalam menyebarkan maklumat yang tepat kepada masyarakat supaya tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu dan memastikan rakyat mendapat berita sahih tentang sesuatu isu.

Pemenang Larian Perpaduan, kategori lelaki, Akil Hairi Azihan, 20, berkata beliau berharap pihak KRT dan juga agensi yang terlibat supaya meneruskan program ini dan dijadikan acara tahunan untuk memastikan supaya rakyat terus mengamalkan gaya hidup sihat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda