Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Bubur Lambuk Laksamana Bentan

By 28 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nasharuddin Mohd. Shah/Ashikin Mustafa

KOTA TINGGI, 28 Mac (Malaysiaaktif) – Nuzul Quran membawa erti yang mendalam bagi semua muslim di daerah Kota Tinggi. Di kesempatan ini, Pejabat Daerah Kota Tinggi telah mengadakan Program Bubur Lambuk peringkat daerah Kota Tinggi.

Program memasak dan agihan bubur lambuk sebagai juadah berbuka puasa telah mendapat sambutan dari semua agensi kerajaan di daerah ini. Program ini telah diadakan di Masjid Jamek Bandar Kota Tinggi, mulai jam 8.00 pagi dengan kehadiran Ahmad Nazir Mohd Nasir, Pegawai Daerah Kota Tinggi.

Pegawai Daerah Kota Tinggi dalam ucapannya berkata program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara jabatan dan agensi kerajaan yang terdapat di sekitar daerah Kota Tinggi. Sebanyak lapan periuk bubur lambuk Laksamana Bentan telah dimasak menerusi tradisi rewang.

“Program bubur lambuk sempena bulan Ramadan pada hari ini telah dilaksanakan secara serentak di semua daerah di negeri Johor. Kami menyambut baik saranan Menteri Besar Johor, Dato’ Onn Hafiz Ghazi untuk melaksanakan program ini” ujarnya.

Turut hadir Syed Norul Shahril Syed Nasir, Pentadbir Tanah Daerah Kota Tinggi, Hajah Zihan Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pengerang, Mohammad Nazrul Abd Rahim, Yang Dipertua Majlis Daerah Kota Tinggi serta ketua-ketua jabatan.

-AA-

Tinggalkan komen anda