Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Tunku Azizah Sertai 1500 Wanita Khatam Al Quran

By 28 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Azree Zaki/Sh. Nurrul

RAUB, 28 Mac (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al Haj telah bercemar duli ke Majlis Tadarus dan Khatam Al Quran Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur Tahun 2024 di Masjid Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Tuanku Baginda disambut oleh EXCO Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang Datuk Sabariah Saidan.

Sabariah dalam persembahan ucapan menzahirkan rasa bersyukur dan gembira atas kehadiran Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang turut serta menyertai majlis tadarus bersama 1500 wanita yang terdiri daripada pelbagai persatuan dan badan bukan kerajaan dari seluruh negeri Pahang.

“Semoga kaum kerabat Baginda Tuanku sentiasa berada dalam rahmat Allah,” ujarnya.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada 30 orang penerima yang terdiri daripada anak-anak yatim dari daerah Raub.

-AA-

Tinggalkan komen anda