Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

DOSM, JAKOA Turun Padang Bantu Masyarakat Orang Asli Mendaftar PADU

By 1 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faizal Rastan (Gua Musang)

GUA MUSANG, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Seramai 500 orang masyarakat Orang Asli dari 27 kampung di Daerah Sigar, Lojing, telah mendaftar di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melalui program kerjasama Jabatan Perangkaan Negeri (DOSM) Kelantan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang.

Pengawa Daerah Sigar, Lojing, Al Ahnaf Dollah, 41, berkata ini adalah kali pertama pendaftaran PADU diadakan di daerah Lojing ini terutama kepada mereka yang tidak mempunyai telefon bimbit dan rangkaian Internet.

“Sambutan yang diterima agak baik dan akan diteruskan dengan kampung yang lain agar masyarakat orang asli tidak tercicir mendapatkan apa sahaja maklumat dan bantuan daripada kerajaan,” katanya, di sini kelmarin.

Pegawai Perangkaan Negeri Kelantan Mohd Asri Abdullah, 54, berkata pihaknya bersedia turun padang untuk membantu dan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat Orang Asli yang berada jauh di kawasan pedalaman.

“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada JAKOA dan Jabatan Penerangan kerana bersama membantu menjayakan pendaftaran PADU yang dijangka akan berakhir pada 31 Mac nanti,” katanya.

Menurut penduduk Kampung Sigar, Saidatina Aishah Razak, 28, perkhidmatan secara fizikal yang diadakan pada hari ini mampu memberikan mereka kemudahan dan manfaat.

“Walaupun agak sukar membuat pendaftaran PADU tapi alhamdulillah ramai yang membantu terutama kepada kami yang tiada telefon bimbit dan kurang faham cara pendaftaran,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda