Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Penduduk Kampung Kerangai Sambut Ramadan dengan Masjid Baharu

By 1 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Khairul Othman (Jelebu)

JELEBU, 1 Mac (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Kerangai bakal melaksanakan ibadah Ramadan pada tahun ini di masjid baharu yang sudah siap dibina.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Haji Aminuddin Harun dalam ucapannya, berkata masjid ini telah diberikan kemudahan serba baru dan lebih kondusif untuk kegunaan penduduk kampung dan para musafir.

“Masjid ini juga bakal menjadi tumpuan buat para pelancong dan musafir dari pantai timur yang menggunakan jalan alternatif melalui daerah Jelebu untuk ke destinasi mereka,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Masjid Qaryah Kampung Kerangai Pertang, di sini malam tadi.

Masjid yang berkapasiti penuh 400 orang jemaah ini telah mula dibina sejak Mac 2021 di atas tanah berkeluasan 2.18 hektar dan siap sepenuhnya pada 28 Februari lalu.

Pada majlis tersebut Aminuddin turut menyerahkan sumbangan Ziarah Madani dan ‘Back To School’ Madani kepada 10 orang penerima.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda