Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

e-Sukan ‘Sarawak Minecraft Championship 2024’ Bintangor dapat Sambutan Positif

By 1 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nor Hidayah Ismail

BINTANGOR 1 Mac (Malaysiaaktif) – Penganjuran ‘Sarawak Minecraft Championship 2024’ iaitu sebuah acara pertandingan e–Sukan telah mendapat sambutan yang amat positif daripada penduduk setempat di sini dan orang awam dari luar daerah Bintangor.

Acara e-sukan yang telah berlangsung di Dewan Masyarakat Bintangor semalam bertujuan untuk menggalakkan dan memperkasakan bakat dalam bidang e-sukan di kalangan pelajar dan belia di Sarawak.

Menurut salah seorang peserta, Natasha Jelembai Joseph Glory, 15, yang merupakan penyandang Naib Juara kategori Sekolah Menengah, pertandingan Minecraft tersebut telah mencabar kreativiti dan kemahiran dirinya di samping menambah pengalaman berharga dalam pertandingan e-sukan.

Natasha merupakan satu-satunya peserta perempuan di dalam e-sukan tersebut yang dimonopoli oleh belia lelaki.

Turut dipertandingkan adalah pertandingan popular e-sukan lain seperti Mobile Legends dan PUBG.

Dianggarkan seramai 160 orang peserta yang telah menyertai pertandingan tersebut.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda