Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Hayati Nuzul Al-Quran Menerusi Program Rakan Muda Ramadan

By 29 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Kangar)

KANGAR, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Lebih dari 200 orang belia telah menyertai Program Rakan Muda Ramadan bertempat di Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Kayang, Perlis yang berakhir pada lewat petang semalam.

Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis dengan kerjasama Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis, Universiti Malaysia Perlis, Kolej Universiti Islam Perlis dan Institut Kemahiran Belia Kuala Perlis.

Menurut Rektor Kolej Universiti Islam Perlis Doktor Muhamad Rozaimi Ramle yang merasmikan majlis penutup program tersebut berkata, program pada hari Nuzul Al-Quran ini bukan sahaja untuk dihayati, ia juga dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti dan program kerohanian.

“Selain daripada penghayatan Hari Nuzul Al-Quran, program seperti ini dapat melatih belia untuk membaca, memahami dan mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.

Difahamkan antara aktiviti yang telah di laksanakan pada hari ini adalah tadarus al- Quran, pertandingan azan dan pertandingan hafazan”, jelas beliau lagi berkenaan pertandingan tersebut.

“Kita perlu mengambil perhatian bahawa di samping alunan ayat suci al-Quran yang di baca, mesej dan isi kandungan yang tersirat juga wajib kita hayati,” tambahnya.

Rozaimi juga berpandangan program-program tahunan Jabatan Belia Dan Sukan seperti ini dapat membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan majlis berbuka puasa beramai-ramai di perkarangan Masjid Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

-AA-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda