Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Insentif Kerajaan Menjadi Tumpuan Komuniti dalam Program JIWA Madani

By 11 Mac 2024Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Norazura Abdul Latif/Noor Sazarina Mohd Noor

AMPANG, 11 Mac (Malaysiaaktif) – Hari Komuniti Bersama Ahli Parlimen Ampang telah diadakan kelmarin bersempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Daerah Hulu Langat.

Menurut Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail, program sebegini dibawa ke Parlimen Ampang bagi menyampaikan insentif yang dibuat oleh kerajaan untuk rakyat.

“Insentif kerajaan dibawa ke lapangan melalui agensi-agensi melibatkan komuniti setempat.

“Rakyat perlu mengambil peluang melalui insentif-insentif yang dibawa oleh kerajaan,” katanya.

KAtanya lagi, tujuan dasar Malaysia MADANI dibuat adalah untuk meMADANIkan negara dalam mengurus tadbir negara dengan baik.

“Komuniti Madani Parlimen Ampang akan menjadi nadi utama dalam mendekatkan hubungan rakyat dengan wakil rakyat,” kata beliau dalam ucapan perasmian Program JIWA Madani Daerah Hulu Langat.

Wong Choy Wan, 56, menyatakan program melibatkan rakyat perlu diperbanyakkan dan insentif-insentif kerajaan perlu dihebahkan kepada komuniti bagi memastikan tiada rakyat yang tercicir dalam menerima insentif kerajaan yang bersesuaian.

“Kerajaan banyak menyalurkan insentif dan bantuan kepada rakyat melalui agensi-agensi. Program sebegini memberi manfaat kepada kami dalam mengetahui sesuatu perkara seperti peranan agensi-agensi kerajaan dalam membantu rakyat,” ujarnya ketika ditemu bual dalam program tersebut.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Ampang dan Komuniti Madani Parlimen Ampang ini diadakan di kawasan tumpuan di sekitar Parlimen Ampang.

Antara aktiviti yang diadakan seperti taklimat Komuniti Madani, pemeriksaan kesihatan, pemberian cermin mata percuma, Program ‘Kembali ke Sekolah’, kaunter pendaftaran PADU dan edaran bunga sempena Sambutan Hari Wanita.

Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Langat Salehuddin Klewan dan ketua-ketua Komuniti Madani Parlimen Ampang.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda