Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Institusi Diraja Perak Rai Rakyat

By 30 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)

BAGAN DATUK, 30 Mac (Malaysiaaktif) – Rakyat Bagan Datuk diraikan dalam sebuah Majlis Berbuka Puasa bersama Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah di Masjid Tuminah Hamidi, di sini semalam.

Majlis yang dianjurkan setahun sekali tersebut bukan sahaja dihadiri oleh pemimpin masyarakat dan Ketua Jabatan kerajaan, malah turut menghimpunkan rakyat berbilang kaum dan agama.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Wasanthee Sinnasamy, 56, ia merupakan kali kedua beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama kerabat Diraja Perak.

“Saya sangat teruja menanti ketibaan majlis ini kerana dapat menikmati suasana berbuka puasa bersama rakan Muslim. Apatah lagi saya turut tidak menjamah sebarang makanan sejak pagi,” katanya.

Tambah Wasanthee, sepanjang tempoh bertugas sebagai ADUN Hutan Melintang, beliau sangat tertarik melihat keakraban institusi Diraja Perak dengan rakyat.

β€œIa menjadi padoman kepada saya untuk bersikap lebih rendah diri ketika bekerja demi rakyat.

“Institusi Diraja merupakan simbol perpaduan rakyat dan saya berharap rakyat akan terus hidup bersatu padu di bawah naungan Duli Tuanku,” ujarnya.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

-ZS-

Tinggalkan komen anda