Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

JPJ Perlis Ambil Tindakan Tegas Saman Pemandu ‘Loqlak’

By 2 Mac 2024Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/Bahagian Penguatkuasa JPJ Perlis

KANGAR, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Perlis telah mengadakan OPS Merah semalam di seluruh Perlis.

Tindakan tegas telah di laksanakan dengan mengeluarkan saman keatas 60 orang pemandu kenderaan yang tidak mematuhi lampu isyarat merah.
OPS Merah yang dijalankan oleh Pasukan Operasi Khas JPJ Perlis bersempena Operasi Musim Perayaan Tahun Baru Cina dan Cuti Persekolahan menyasarkan para pemandu kereta dan motosikal yang sering melanggar peraturan lampu isyarat merah di persimpangan lampu isyarat laluan utama seluruh negeri Perlis.

“Bagi kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah, Orang Kena Saman ( OKS) boleh dikompaun sebanyak tiga ratus ringgit,” ujar Fatimah Mohamed Ali Piah, Pengarah JPJ Perlis,

Menurut Fatimah, pihaknya telah kerap melakukan advokasi dan teguran berkaitan kesalahan gagal mematuhi lampu isyarat merah, namun didapati masih ramai pemandu kenderaan di negeri ini yang tetap berdegil dan berterusan memandu secara ‘LOQLAK’ dan tidak berhenti di persimpangan jalan ketika lampu isyarat berwarna merah.

OPS Merah ini dijalankan oleh Pasukan Operasi Khas JPJ Perlis secara penyamaran dan setiap pemandu yang dikesan gagal mematuhi peraturan lalu lintas ini akan dipintas dan dikenakan tindakan saman serta merta.

-ZS-

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda