Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Lesen Berurusniaga Barang Kawalan Tamat Tempoh, Pemilik Kedai yang Disita Bakal Berdepan Tindakan

By 2 Mac 2024Mac 5th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah/KPDN Negeri Perlis

PADANG BESAR, 1 Mac (MalaysiaAktif) – Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis telah menyita sejumlah 156 kilogram gula pasir dan 66 paket tepung gandum yang dianggar bernilai RM719.60 di sebuah premis perniagaan runcit di Kampung Melayu Padang Besar, Perlis.

“Seramai enam (6) orang Pegawai Penguat Kuasa telah menjalankan pemeriksaan keatas premis perniagaan runcit pada semalam berkenaan pengekangan penyelewangan barang kawalan di negeri ini”, ujar Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup ( Negeri Perlis) pada hari ini.

“Hasil pemeriksaan lanjut kami mendapati peniaga premis perniagaan runcit tersebut gagal mengemukakan suatu lesen atau kebenaran bertulis yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan Malaysia dalam tempoh sah untuk berurusniaga.

“Kita telah ambil tindakan ke atas premis tersebut di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961,” ujar beliau.

Menurut Norazah, KPDN Negeri Perlis sentiasa komited dan akan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan yang berkaitan dari semasa ke semasa bagi mempergiat kawal seliaan dan operasi ke atas pengedaran barang kawalan berjadual di dalam negeri ini.

“Ia bagi memastikan bekalan barang kawalan berjadual untuk kegunaan rakyat negeri ini sentiasa mencukupi dan tidak berlaku ketirisan yang boleh merugikan negara.

“Pihak kami juga menyeru pengguna menggunakan saluran-saluran aduan rasmi supaya pihak KPDN dapat membuat pemantauan tepat ke atas aktiviti penyelewengan barang kawalan ini agar aktiviti haram tersebut dapat dibanteras” katanya pada hari ini.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda